Pages

Monday, 20 June 2011

KURSUS KEPIMPINAN PENGAWAS SEKOLAH SMKJF 2011

PADA 17-18 JUN YANG LALU, SEMUA PENGAWAS SEKOLAH SMK JELAI (F) TELAH MENGHADIRI KURSUS PEMANTAPAN JATI DIRI DI SEKOLAH. KURSUS INI BERTUJUAN UNTUK MENGUKUHKAN PASUKAN PENGAWAS SEKOLAH DARIPADA SEGI JATI DIRI DAN KERJASAMA BERPASUKAN. ADA DUA PENCERAMAH JEMPUTAN YANG MENJADI FASILITATOR UNTUK KURSUS INI IAITU EN. MUHAMMAD BADRON B. HAJI OTHMAN DARI SMK DATO’ UNDANG HAJI MANAF DAN EN. NORAZMI B. CHE’ LAH DARI SMK BUKIT ROKAN. SEBANYAK 3 SLOT YANG DISEDIAKAN YANG MANA SEMUANYA BERORIENTASIKAN AKTIVITI DALAM KUMPULAN. DARIPADA SEGI ROHANI, PELAJAR SOLAT BERJEMAAH DAN KULIAH MAGHRIB SERTA SUBUH DISAMPAIKAN BERKISARKAN DUNIA SEBAGAI PELAJAR. SELAIN ITU, AKTIVITI QIAMULLAIL JUGA DISELITKAN. SELAMA 2 HARI 1 MALAM, BANYAK PENDEDAHAN YANG DIBERIKAN KEPADA PENGAWAS. KURSUS INI BOLEH DIKATAKAN BERJAYA MENINGKATKAN PEMAHAMAN PENGAWAS TERHADAP BIDANG TUGAS MEREKA DAN KEPENTINGAN BEKERJA DALAM PASUKAN.