Pages

Tuesday 10 May 2011

MAJLIS PENTAULIAHAN PENGAWAS SEKOLAH, PENGAWAS PUSAT SUMBER, & PEMBIMBING RAKAN SEBAYA SMK JELAI (F) SESI 2011 BERSAMA-SAMA PELANCARAN KEMPEN ANTIBULI TAHUN 2011

Alhamdulillah,
   Akhirnya setelah beberapa minggu ditangguhkan, Majlis Pentauliahan Pengawas Sekolah telah berjaya dilangsungkan pada tanggal 14 April 2011 bersamaan hari Khamis. Dengan membawakan tema Disiplin Pertama Akademik Utama, majlis ini telah dirasmikan oleh Tuan Inspektor Rudy Bin Paisan di Dewan Bestari SMK Jelai (F).
   Pada majlis ini, satu kempen yang dinamakan Kempen Antibuli telah dilancarkan sebagai permulaan untuk membentuk sahsiah pelajar. Selain daripada Pengawas Sekolah, Pengawas Pusat Sumber Sekolah dan Pembimbing Rakan Sebaya turut diberikan watikah pentauliahan.
   Walaupun ada sedikit kesilapan teknikal pada awal majlis, namun dengan rahmat Ilahi, majlis selesai seperti yang diharapkan. Dengan berlangsungnya majlis yang gemilang ini, seluruh warga sekolah berharap agar pelajar yang ditauliahkan ini dapat melaksanakan tanggungjawab dengan penuh hemah, dedikasi, dan ikhlas.








SIJIL PENGAWAS

KAD MATRIK PENGAWAS

LAFAZ IKRAR PENTAULIAHAN

Bahawasanya, kami Pengawas Sekolah, Pengawas Pusat Sumber Sekolah, dan Pembimbing Rakan Sebaya, berikrar akan bersungguh-sungguh, memikul amanah yang diberikan ini, dengan penuh integriti, dedikasi dan bertanggungjawab. Kami akan memberi khidmat, kepada warga sekolah, terutama dalam tunjang disiplin, dengan adil dan saksama. Kami juga akan berusaha, menjadi contoh terbaik kepada pelajar, untuk beriltizam tinggi, bagi melonjakkan kecemerlangan diri, dan seterusnya kecemerlangan SMK Jelai (F).

KERTAS KERJA PENTAULIAHAN



Saturday 7 May 2011

SENARAI PENGAWAS SEKOLAH TAHUN 2011

RAMBUT OH RAMBUT...

Dari dahulu sehingga sekarang, masalah rambut tidak pernah selesai. Setiap minggu, ada sahaja pelajar yang ditahan kerana kesalahan rambut yang pelbagai.
Setelah diberi amaran berkali-kali, akhirnya tindakan diambil oleh Ketua Guru Disiplin SMK Jelai (F) yang baru, En. Asri Sarmejan. Pelajar-pelajar ini ditahan di dataran sekolah dan diberi amaran terakhir.