Akhirnya setelah beberapa minggu ditangguhkan, Majlis Pentauliahan Pengawas Sekolah telah berjaya dilangsungkan pada tanggal 14 April 2011 bersamaan hari Khamis. Dengan membawakan tema Disiplin Pertama Akademik Utama, majlis ini telah dirasmikan oleh Tuan Inspektor Rudy Bin Paisan di Dewan Bestari SMK Jelai (F).
Pada majlis ini, satu kempen yang dinamakan Kempen Antibuli telah dilancarkan sebagai permulaan untuk membentuk sahsiah pelajar. Selain daripada Pengawas Sekolah, Pengawas Pusat Sumber Sekolah dan Pembimbing Rakan Sebaya turut diberikan watikah pentauliahan.
Walaupun ada sedikit kesilapan teknikal pada awal majlis, namun dengan rahmat Ilahi, majlis selesai seperti yang diharapkan. Dengan berlangsungnya majlis yang gemilang ini, seluruh warga sekolah berharap agar pelajar yang ditauliahkan ini dapat melaksanakan tanggungjawab dengan penuh hemah, dedikasi, dan ikhlas.
0 comments:
Post a Comment