Pages

Monday, 20 June 2011

KURSUS KEPIMPINAN PENGAWAS SEKOLAH SMKJF 2011

PADA 17-18 JUN YANG LALU, SEMUA PENGAWAS SEKOLAH SMK JELAI (F) TELAH MENGHADIRI KURSUS PEMANTAPAN JATI DIRI DI SEKOLAH. KURSUS INI BERTUJUAN UNTUK MENGUKUHKAN PASUKAN PENGAWAS SEKOLAH DARIPADA SEGI JATI DIRI DAN KERJASAMA BERPASUKAN. ADA DUA PENCERAMAH JEMPUTAN YANG MENJADI FASILITATOR UNTUK KURSUS INI IAITU EN. MUHAMMAD BADRON B. HAJI OTHMAN DARI SMK DATO’ UNDANG HAJI MANAF DAN EN. NORAZMI B. CHE’ LAH DARI SMK BUKIT ROKAN. SEBANYAK 3 SLOT YANG DISEDIAKAN YANG MANA SEMUANYA BERORIENTASIKAN AKTIVITI DALAM KUMPULAN. DARIPADA SEGI ROHANI, PELAJAR SOLAT BERJEMAAH DAN KULIAH MAGHRIB SERTA SUBUH DISAMPAIKAN BERKISARKAN DUNIA SEBAGAI PELAJAR. SELAIN ITU, AKTIVITI QIAMULLAIL JUGA DISELITKAN. SELAMA 2 HARI 1 MALAM, BANYAK PENDEDAHAN YANG DIBERIKAN KEPADA PENGAWAS. KURSUS INI BOLEH DIKATAKAN BERJAYA MENINGKATKAN PEMAHAMAN PENGAWAS TERHADAP BIDANG TUGAS MEREKA DAN KEPENTINGAN BEKERJA DALAM PASUKAN.







Tuesday, 10 May 2011

MAJLIS PENTAULIAHAN PENGAWAS SEKOLAH, PENGAWAS PUSAT SUMBER, & PEMBIMBING RAKAN SEBAYA SMK JELAI (F) SESI 2011 BERSAMA-SAMA PELANCARAN KEMPEN ANTIBULI TAHUN 2011

Alhamdulillah,
   Akhirnya setelah beberapa minggu ditangguhkan, Majlis Pentauliahan Pengawas Sekolah telah berjaya dilangsungkan pada tanggal 14 April 2011 bersamaan hari Khamis. Dengan membawakan tema Disiplin Pertama Akademik Utama, majlis ini telah dirasmikan oleh Tuan Inspektor Rudy Bin Paisan di Dewan Bestari SMK Jelai (F).
   Pada majlis ini, satu kempen yang dinamakan Kempen Antibuli telah dilancarkan sebagai permulaan untuk membentuk sahsiah pelajar. Selain daripada Pengawas Sekolah, Pengawas Pusat Sumber Sekolah dan Pembimbing Rakan Sebaya turut diberikan watikah pentauliahan.
   Walaupun ada sedikit kesilapan teknikal pada awal majlis, namun dengan rahmat Ilahi, majlis selesai seperti yang diharapkan. Dengan berlangsungnya majlis yang gemilang ini, seluruh warga sekolah berharap agar pelajar yang ditauliahkan ini dapat melaksanakan tanggungjawab dengan penuh hemah, dedikasi, dan ikhlas.








SIJIL PENGAWAS

KAD MATRIK PENGAWAS

LAFAZ IKRAR PENTAULIAHAN

Bahawasanya, kami Pengawas Sekolah, Pengawas Pusat Sumber Sekolah, dan Pembimbing Rakan Sebaya, berikrar akan bersungguh-sungguh, memikul amanah yang diberikan ini, dengan penuh integriti, dedikasi dan bertanggungjawab. Kami akan memberi khidmat, kepada warga sekolah, terutama dalam tunjang disiplin, dengan adil dan saksama. Kami juga akan berusaha, menjadi contoh terbaik kepada pelajar, untuk beriltizam tinggi, bagi melonjakkan kecemerlangan diri, dan seterusnya kecemerlangan SMK Jelai (F).

KERTAS KERJA PENTAULIAHAN



Saturday, 7 May 2011

SENARAI PENGAWAS SEKOLAH TAHUN 2011

RAMBUT OH RAMBUT...

Dari dahulu sehingga sekarang, masalah rambut tidak pernah selesai. Setiap minggu, ada sahaja pelajar yang ditahan kerana kesalahan rambut yang pelbagai.
Setelah diberi amaran berkali-kali, akhirnya tindakan diambil oleh Ketua Guru Disiplin SMK Jelai (F) yang baru, En. Asri Sarmejan. Pelajar-pelajar ini ditahan di dataran sekolah dan diberi amaran terakhir.

Saturday, 30 April 2011

Monday, 28 March 2011

APAKAH BIDANG KUASA PENGAWAS SECARA AMNYA?

  • Mengawal disiplin pelajar semasa perhimpunan rasmi dan perhimpunan harian
  • Mengawasi laluan keluar pelajar setiap kali tamat perhimpunan
  • Memeriksa tatacara pemakaian pelajar dan menahan pelajar yang tidak mematuhi tatacara pemakaian yang ditetapkan oleh pihak sekolah
  • Mengawal laluan keluar ketika waktu pulang sesi persekolahan
  • Membantu guru disiplin semasa operasi 'spot-check'
  • Mengawal disiplin pelajar setiap kali program sekolah berlangsung

Saturday, 26 March 2011

JAWATANKUASA BADAN PENGAWAS

PENGERUSI
EN. OMAR BIN AHMAD

NAIB PENGERUSI
EN. SYED NASEER SYED MOHIDEEN

SETIAUSAHA
EN. SHAHRUL ANUAR ZAINAL ABIDIN

AHLI-AHLI JK
SEMUA GURU DISIPLIN
KETUA PENGAWAS SEKOLAH

CARTA ORGANISASI PENGAWAS 2011

KETUA PENGAWAS
NOR AQILAH BT. KAMARUDIN

PENOLONG KETUA PENGAWAS
MOHAMAD TAUFIK B. YAAKOB
NUR FATIHAH BT. MOHD. KAMAL

SETIAUSAHA
NORAZIMAH BT. BASIRON

BENDAHARI
HASLIZA BT. MANSUR

AJK DATA
MOHD FIRDAUS B. SAID (K)
NURUL NAZIRAH BT. MD TAKSIS
MUHAMMAD KHALIDIN B. NORDIN
SITI MUSFIRAH B. MUSTAFAR
NAYLI ANASTASIA

AJK KECERIAAN
AMY UMIRAH BT. JAMALLUDIN (K)

AJK KEBAJIKAN
NORAZIYANTI BT. MOHAMAD NOR (K)
NUR FARISHA BT. KHAIZAL
MOHD ARSHAD B. ZOLKAPLI
NUR SHAHIDA BT. MUHAMAD SHUKOR

AJK TINGKATAN 5
IEZZATUL IRADDAH BT. ABD AZIZ

AJK TINGKATAN 4
NUR MURNISA HIDAYANA BT. SULAIMAN

AJK TINGKATAN 3
NORSUFIYANTI BT. MOHD APANDI

AJK TINGKATAN 2
MUHAMMAD MUNTAZZIREEN B. ABDULLAH SANI

AJK TINGKATAN 1
MUHAMMAD SAIFUL BAHRI B. ZAIDI

SENARAI PENGAWAS


JADUAL BERTUGAS MINGGU KE-11 DAN KE-12 (28/2/11 - 11/3/11)

JADUAL BERTUGAS MINGGU KE-9 DAN KE-10 (28/2/11 - 11/3/11)

JADUAL BERTUGAS MINGGU KE-7 DAN KE-8 (14/2/11 - 25/2/11)

JADUAL BERTUGAS MINGGU KE-5 & 6 (31/1/11 - 11/2/11)


JADUAL BERTUGAS MINGGU KE-4 (24/1/11 - 28/1/11)